Ramai yang tau dan ramai jugak yg tak tahu tentang perkara ni. Yup! Panadol yang kita perlukan untuk melegakan demam dan sakit kepala tidak melakukan perkara yang sama pada kucing. Malah memudaratkan lagi keadaan demam mereka. Sebabnya?
Kucing tidak dapat menyingkirkan atau
mengkumuhkan acetaminophen (Panadol) dari badan mereka kerana mereka
kekurangan satu enzim berbanding kita. Ini boleh mengakibatkan hati
mereka rosak dan sel darah merah mereka menjadi tidak normal.
Satu tablet Panadol sahaja boleh
menyebabkan kemusnahan yang teruk pada badan kucing. Jadi, andaikata
kucing anda tidak sihat atau demam, bawalah mereka berjumpa doktor
haiwan untuk mendapat rawatan yang sewajarnya.
Tanda2 yang boleh dilihat apabila kucing keracunan Panadol antaranya:
- Tahap 1 (0-12 jam) : muntah, murung, sesak nafas, keletihan, tiada selera makan, lemah, gusi bertukar warna keperangan (normal adalah pink) dan air liur meleleh.
- Tahap 2 (12-24 jam): muka , bibir dan kaki bengkak, koordinasi badan tidak normal (terhuyung-hayang), koma, kejang otot dan berkemungkinan mati.
- Tahap 3 (lebih 24 jam): Tanda berkait dengan kegagalan fungsi hati seperti sakit di bahagian abdomen serta gusi, mata dan kulit bertukar kekuningan dan keadaan mental yang tidak normal.
Kucing InsyaAllah dapat diselamatkan
sekiranya cepat2 dibawa untuk rawatan oleh doktor. Diharapkan informasi
ini dapat membantu pencinta2 kucing di luar sana dan teruskan menyayangi
si comel anda.
P/s : Credit to : Kami Percinta Kucing....
No comments:
Post a Comment