Sunday 29 April 2012

Just Like Butterfly - Episode 1

Episod 1 sudah bermula !

"Hai ! " sapa Ji Eun apabila Myung Soo berjalan di hadapannya.Myung Soo yang terdengar sapaan itu berhenti dan memerhatikan Ji Eun.
"Kau siapa?!" tanya Myung Soo dengan kasar.
"Ji Eun." jawab Ji Eun sambil melemparkan senyuman kepada Myung Soo walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan membalasnya.
Myung Soo menjawab dengan nada berlagak.
"Ji Eun? Huh ! Nama kau hodoh macam kau jugak !".Myung Soo menjeling  kepada Ji Eun lalu beredar dari situ.
Pelajar-pelajar lain yang melihat peristiwa itu ketawa terbahak-bahak dan ada juga yang tersenyum sinis kecuali Hong Ki & Jessica,bestfriend Ji Eun.
Ji Eun yang malu dengan kejadian itu terus melarikan diri ke belakang sekolah.Hong Ki & Jessica yang kesiankan Ji Eun terus mengekorinya.

Ji Eun tidak mempunyai ramai  kawan kerana dia gadis biasa.Namun,dia seorang yang rajin,ceria & tidak berputus-asa.Dia menceritakan rahsianya hanya kepada Hong Ki & Jessica.Hong Ki seorang yang handsome,kaya dan bijak tapi mempunyai ramai kawan.Begitu juga dengan Jessica,seorang yang comel,bijak dan ramai kawan.
Mereka sungguh rapat sekali kerana ibu bapanya bersahabat baik.Hong Ki & Ji Eun telah dijodohkan dari kecil tapi ditentang oleh Ji Eun kerana dia hanya menganggapkan Hong Ki sebagai abang dan rakan baiknya.
"Ayah , ibu saya takkan berkahwin dengan orang yang saya anggapkan abang ! ".Kata Ji Eun kepada ibu bapanya.Mereka terpaksa akur memandangkan Ji Eun memang degil.

Di belakang sekolah

Ji Eun duduk di atas rumput di belakang sekolah.Dia menangis Hong Ki dan Jessica menghampiri dan duduk di sebelah Ji Eun.
Ji Eun mengelap air matanya dan berharap Hong Ki dan Jessica takkan bertanya apa-apa.
"Sampai bila awak nak diperlakukan macam ni? Ni bukan kali pertama tau awak kena." kata Hong Ki.Jessica mencelah " Apa yang istimewa sangat si  Myung Soo tu?".Kata Ji Eun sambil ketawa.Dia menyembunyikan kesedihannya. " Err,soalan manakah yang saya patut jawab dahulu?".Hong Ki dan Jessica ketawa tetapi mereka ingin berkata sesuatu tetapi Woo Ri datang menghampiri mereka.

Bersambung

P/s : Credit to : Epop Malay....Apakah yang akan Woo Ri lakukan? Tunggu ya !

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By Aqeela Azzahra ♥ All Rights Reserved © 26 Mei 2012